Bulan December 2016 yang
lepas *le Len akhirnya mampu balik kampung sambil sewa kereta dari Kota
Kinabalu. Pengalaman memandu pada waktu malam untuk pertama kali dari
Kota Kinabalu ke Ranau memang amat mencabar bagi seorang yang rabun, pakai
kereta auto dan kurang bijak seperti *le Len. Maka dengan itu *le Len nak kongsi pengalaman supaya korang tidak menderita dan terseksa jiwa raga.
Sebelum *le Len tulis
pasal tips, harap maklum bahawa ini bukan tips mencari kereta sewa di Sabah.
- Kondisi kereta. PALING
PENTING!!!
Sila pastikan kondisi
kereta ialaha 100% baik! Anggap sahaja anda sedang berada dalam adventure di
padang pasir tanpa arah dan stesen minyak. Brake, segala jenis lampu
terutamanya , tayar simpanan, safety tools, minyak penuh. *le Len
malas nak hurai panjang tapi percayalah, you will thank me if anything
happens. Korang akan tahu kenapa penting untuk kereta 100% baik dalam huraian seterusnya.
Sila ambil perhatian,
perjalanan dari Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2-3 jam bagi kebanyakkan newbie. Jalan
raya dari Kota Kinabalu hanya 2 lane tanpa divider. Kalau korang dah biasa
speeding 150km/h kat plus tu, kalau korang nak speed macam tu kat Kundasang,
korang gerenti speeding ke alam barzakh.
Jalan raya dari Kota
Kinabalu ke Ranau adalah ibarat cacing kepanasan. Bengkang bengkok, gelap, dua
lorong tanpa divider.
Dari 28 darjah celsius,
suhu akan mula berkurangan sehingga 15 darja celcius sepanjang perjalanan.
Jika anda rabun malam, WAJIB bertolak paling lewat jam 3.00 petang sebab
senja di Sabah mula jam 6.00. Kalau kena pulah musim hujan, kabus boleh
menyebabkan anda tidak mampu melihat jarak lebih daripada 10 meter pada waktu
senja. Pada waktu malam, kabus boleh mengurangkan jarak penglihatan sehingga 2 meter di hadapan sahaja. Kalau korang bernasib malang dengan dapat kereta lampu tak terang dengan lampu spotlight tak berfungsi, memang menangis la. Oleh itu elakkan memandu pada waktu malam AT ALL COST if you
are first timer. Kalau korang tak nak dengar, sila teruskan membaca.
*le Len yang dah biasa
drive di semenanjung dengan gembira speeding sana sini, sentiasa pakai aircond,
panas memanjang memanglah tak berapa pandai pasal suhu.Masa mula-mula bertolak,
panas bukan main lagi – aircond sampai maximum. Bila sampai kawasan Kundasang,
mak aih!! Kalut sekejap cermin berkabus kat luar, sekejap kat dalam.Adoi! Dahla
rabun, cermin pulak kondensasi sana sini. Panik tau tak! Panik! *le Len lupa pulak
nasihat ape untuk atasi masalah kondensasi. Sesungguhnya aku menyampah dengan
kondensasi. Oh ya! Suhu boleh turun sampai 14 darjah maka dengan itu,
kemungkinan anda untuk mendapat masalah kondensasi adalah tinggi.
- Jika anda memandu kereta auto
Korang semua yang bijak
dan hebat memandu mungkin takde masalah cam *le Len. Tapi *le Len main lajak “D”
masa mula-mula gerak. Sakit kaki, pedih jantung tiap kali brek kereta macam tak
makan. Curam sana, curam sini, semua pergerakan lembab. Bila sampai rumah baru
nak mengadu, semua orang gelakkan diriku yang begitu clueless. Sila gunakan gear 1-3 walaupun anda menggunakan kereta automatic
wahai kawan-kawan. Jangan jadi dungu bantai “D” sepanjang jalan. Kereta rasa
macam “ice skating”. Sakit jantung den!
- Lori dan bas yang
**$%^&*&%$!
Sila ambil perhatian,
bas dan lori-lori balak akan bergerak pada waktu malam. Bukan sahaja saiz
mereka sangat menakutkan, high beam lori-lori boleh membutakan mata. Pengalama *le Len, dihimpit bas memang tahap
boleh buat manusia bertaubat serta merta. Cuba korang bayangkan stuck di
belakang lori, nak potong tak pandai sebab baru jer nak potong, selekoh pulak.
Dahler selekoh, kalua speeding untuk potong silap-silap masuk jurang sebab
jalan raya bukan lurus. Nampak lurus tapi lurusnya ke alam barzakh.
- Tayar spare dan
minyak penuh
Mobile network sepanjang
perjalanan adalah tidak stabil. Jika orang bernasib ‘baik’ pancit tengah jalan,
*le Len ucapkan GOOD LUCK! Takpe orang Sabah baik-baik belaka, dorang biasanya
akan berhenti untuk tolong korang tapi tahap bagi tayar kat korang tu memang
tak lah! Sebab chances are, dorang bawak 4x4 dan bukan kereta kecik. Tayar mahal!!!
Jarak dari satu bandar dengan bandar lain jauh. Nak dapat pomen satu hal, kalau
dapat pun kena tunggu lama baru sampai. Sabah bukan kecik! Satu Sabah tu hamper
sama besar dengan seluruh semenanjung. Stesen minyak tak banyak kat tepi jalan.
Kena masuk kampung orang baru boleh dapat minyak yang dijual secara runcit dalam
botol ala-ala jual minyak kelapa sawit. Dah ~ tak payah nak terkejut.
Setiap tempat biasanya ada
care mereka sendiri untuk bagi signal.
Bagi orang belakang
memotong – letak emergency signal, pandu perlahan dan rapat ke kiri. Pandu
perlahan maknaya 20-30km/h sebab yang memotong biasanya paling laju pun 60km/h.
Isyarat nak memotong –
Jangan main tembak-tembak lampu tinggi. Sila rapat sedikit ke kereta hadapan.
Bagi signal ke kanan, hon sekali dan seterusnya potong.
Kalau kereta dari arah
bertentangan bagi hon, itu tanda “Hi”.
- Akhir sekali, silalah
gunakan Waze dan baca peta Sabah sebelum datang ke Sabah.
Rakyat Sabah berasa amat serba salah apabila pelancong
bertanya belok kiri atau ke kanan semasa menunggu traffic light bertukar warna. Belok kiri atau kanan tidak ada makna jika jarak perjalan ke destinasi masih 200km di hadapan.
Sebab tu jawapan orang Sabah “Kau jalan terus saja. Jangan belok-belok. Nanti kau sampai laitu”.
It is legit people!!
NOTE: Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, ketiadaan *le Len dalam blog adalah disebabkan oleh kesibukkan kerja demi sesuap nasi. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung.