Monday, 17 July 2017

Tips kepada pemandu Grab Car

Post ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai penumpang Grab yang tegar. Sebagai seorang insan yang mencari sesuap nasi dalam industri "customer service", *le Len nak kongsi sedikit pandangan dan tips menjadi driver yang cemerlang. Harapnya, profile Grab dalam gambar boleh memberi keyakinan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tanpa membuang masa, kita direct to the point.

Step 1: Salam. 

Bila penumpang masuk kereta sila bagi salam. Ini amat penting supaya penumpang tak rasa
kekok, dan rasa macam terancam. Pengalaman *le Len naik grab jam 10.30pm dari Pavillion ke Damansara, dari naik sampai turun sepatah pun driver tu tak ada. Damn rude bro. Damn rude.
Hi/Hello itu sudah cukup memadai. Ini ialah customer service 101. Kalau yang ni pun tak boleh buat, mohon jangan kerja di industri yang perlu berhadapan dengan manusia.

Step 2: Route dan tempoh masa perjalanan supaya penumpang rasa selamat. 

Mohon guna Waze! Jangan bajet nak tunjuk hero guna jalan sendiri. Kenapa penggunaan Waze sangat penting!? Kalau ko dah fail Step 1, ko tambah dengan tak guna Waze sepanjang perjalanan *le Len rasa terancam tau tak. Lepas turun, confirm rating 1 aku bagi! Kalau orang tempatan ko guna jalan ikut suka hati, ko ada la selamat sikit. Tapi kalau foreigner, kena pulak yang first time datang Malaysia, sure ko dapat rating -5 tau tak!? Yang ni biasanya problem yang ko dapat dari pemandu teksi. Pemandu Grab biasa pulak selamanya sesat/lambat.

Step 3: Etika semasa dalam perjalanan. Berbual mengikut mood penumpang (customer). Bukan mengikut pemandu.

*le Len paling pantang pemandu yang sibuk mengutarakan pendapat pasal politik padahal *le Len
paling tidak berminat dengan politik. Satu lagi, kalau penumpang nampak sibuk dengan telefon mohon jangan kacau. Kalau nampak muka penumpang dah masam mendung macam nak hujan dah, tidak salah cakap "how are you feeling? Are you okay?". Tunjuk la keprihatinan, kalau penumpang rasa nak meluah atau berbual, sila la berbual.

Step 4: Ucapkan selamat tinggal dengan ayat yang sesuai.

Semasa menurunkan penumpang, sila ucapkan "Have a good day" atau "goodbye" atau mana-mana yang seangkatan dengannya. At least kalau korang dah fail 1-3, step 4 dapat la cover sikit.


Lain-Lain


  1. Kebersihan kereta - Mohon bersihkan kereta tiap minggu. Tolong jangan letak plush toys melebih-lebih sampai tempat duduk pemandu pun dipenuhi plush toys. Paling benci bila nampak plush toys atas handbrake. Bongok! Kalau ada apa-apa jadi, ko bajet pokemon ko tu boleh tolong tarik handbrake? *facepalm*
  2. Bagi kereta bau wangi - Jangan terlalu kuat baunya. Ada sesetengah orang memang  sensitip dengan bau-bau. Tapi ada bau wangi lagi bagus dari bau ketiak okay ~
  3. Tips kepada pelancong - Kalau bajet selalu angkat penumpang dari airport, sila la bagi risalah / tips yang sepatutnya kepada pelancong. Make Malaysia proud!
  4. Professionalism - Penumpang tu semuanya pelanggan. Jangan gatal boleh tak!? Jangan gatal nak WhatsApp / Call/ Message penumpang ko yang hot. Be professional. This is real job. Please have some self respect. 

Monday, 10 July 2017

Apa perasaan jadi bos?

Salam kengkawan!

Korang pernah tak terfikir macam mana jadi bos? Selama ni kebanyakkan manusia tengok kerja dari perspektif pekerja semataa-mata. Jarang sekali kita dapat insight yang jujur dari seorang bos.

Kenapa? Sebab orang selalu fikir bos ni mesti hebat, sempurna dan sebagainya. Kalau bos cakap tak tau buat something, mesti kena bantai.

Ok la.. kenapa tiba2 *le Len nak cakap pasal jadi bos?

Tahun lepas *le Len jadi bos. (I know I know.. don’t bash)

Dah nak setahun dah jadi bos. I tell you.. this never gets easy!

Tu jer yang sempat nak kongsi sekarang. 

Kalau korang nak tau lebih banyak, sila komen. :)

Sunday, 26 March 2017

Tips memandu kereta dari Kota Kinabalu ke Ranau.

Bulan December 2016 yang lepas *le Len akhirnya mampu balik kampung sambil sewa kereta dari Kota Kinabalu. Pengalaman memandu pada waktu malam  untuk pertama kali dari Kota Kinabalu ke Ranau memang amat mencabar bagi seorang yang rabun, pakai kereta auto dan kurang bijak seperti *le Len. Maka dengan itu *le Len nak kongsi pengalaman supaya korang tidak menderita dan terseksa jiwa raga.

Sebelum *le Len tulis pasal tips, harap maklum bahawa ini bukan tips mencari kereta sewa di Sabah.



  • Kondisi kereta. PALING PENTING!!!


Sila pastikan kondisi kereta ialaha 100% baik! Anggap sahaja anda sedang berada dalam adventure di padang pasir tanpa arah dan stesen minyak. Brake, segala jenis lampu terutamanya , tayar simpanan, safety tools, minyak penuh. *le Len malas nak hurai panjang tapi percayalah, you will thank me if anything happens. Korang akan tahu kenapa penting untuk kereta 100% baik dalam huraian seterusnya.

  • Tempoh perjalanan


Sila ambil perhatian, perjalanan dari Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2-3 jam bagi kebanyakkan newbie. Jalan raya dari Kota Kinabalu hanya 2 lane tanpa divider. Kalau korang dah biasa speeding 150km/h kat plus tu, kalau korang nak speed macam tu kat Kundasang, korang gerenti speeding ke alam barzakh. 



  • Jalan raya


Jalan raya dari Kota Kinabalu ke Ranau adalah ibarat cacing kepanasan. Bengkang bengkok, gelap, dua lorong tanpa divider.
Dari 28 darjah celsius, suhu akan mula berkurangan sehingga 15 darja celcius sepanjang perjalanan.



  • Masa bertolak

Jika anda rabun malam, WAJIB bertolak paling lewat jam 3.00 petang sebab senja di Sabah mula jam 6.00. Kalau kena pulah musim hujan, kabus boleh menyebabkan anda tidak mampu melihat jarak lebih daripada 10 meter pada waktu senja. Pada waktu malam, kabus boleh mengurangkan jarak penglihatan sehingga 2 meter di hadapan sahaja. Kalau korang bernasib malang dengan dapat kereta lampu tak terang dengan lampu spotlight tak berfungsi, memang menangis la. Oleh itu elakkan memandu pada waktu malam AT ALL COST if you are first timer. Kalau korang tak nak dengar, sila teruskan membaca.

  • Masalah suhu


*le Len yang dah biasa drive di semenanjung dengan gembira speeding sana sini, sentiasa pakai aircond, panas memanjang memanglah tak berapa pandai pasal suhu.Masa mula-mula bertolak, panas bukan main lagi – aircond sampai maximum. Bila sampai kawasan Kundasang, mak aih!! Kalut sekejap cermin berkabus kat luar, sekejap kat dalam.Adoi! Dahla rabun, cermin pulak kondensasi sana sini. Panik tau tak! Panik! *le Len lupa pulak nasihat ape untuk atasi masalah kondensasi. Sesungguhnya aku menyampah dengan kondensasi. Oh ya! Suhu boleh turun sampai 14 darjah maka dengan itu, kemungkinan anda untuk mendapat masalah kondensasi adalah tinggi.

  •  Jika anda memandu kereta auto


Korang semua yang bijak dan hebat memandu mungkin takde masalah cam *le Len. Tapi *le Len main lajak “D” masa mula-mula gerak. Sakit kaki, pedih jantung tiap kali brek kereta macam tak makan. Curam sana, curam sini, semua pergerakan lembab. Bila sampai rumah baru nak mengadu, semua orang gelakkan diriku yang begitu clueless. Sila gunakan gear 1-3 walaupun anda menggunakan kereta automatic wahai kawan-kawan. Jangan jadi dungu bantai “D” sepanjang jalan. Kereta rasa macam “ice skating”.  Sakit jantung den!


  • Lori dan bas yang **$%^&*&%$!


Sila ambil perhatian, bas dan lori-lori balak akan bergerak pada waktu malam. Bukan sahaja saiz mereka sangat menakutkan, high beam lori-lori boleh membutakan mata.  Pengalama *le Len, dihimpit bas memang tahap boleh buat manusia bertaubat serta merta. Cuba korang bayangkan stuck di belakang lori, nak potong tak pandai sebab baru jer nak potong, selekoh pulak. Dahler selekoh, kalua speeding untuk potong silap-silap masuk jurang sebab jalan raya bukan lurus. Nampak lurus tapi lurusnya ke alam barzakh.


  • Tayar spare dan minyak penuh


Mobile network sepanjang perjalanan adalah tidak stabil. Jika orang bernasib ‘baik’ pancit tengah jalan, *le Len ucapkan GOOD LUCK! Takpe orang Sabah baik-baik belaka, dorang biasanya akan berhenti untuk tolong korang tapi tahap bagi tayar kat korang tu memang tak lah! Sebab chances are, dorang bawak 4x4 dan bukan kereta kecik. Tayar mahal!!! Jarak dari satu bandar dengan bandar lain jauh. Nak dapat pomen satu hal, kalau dapat pun kena tunggu lama baru sampai. Sabah bukan kecik! Satu Sabah tu hamper sama besar dengan seluruh semenanjung. Stesen minyak tak banyak kat tepi jalan. Kena masuk kampung orang baru boleh dapat minyak yang dijual secara runcit dalam botol ala-ala jual minyak kelapa sawit. Dah ~ tak payah nak terkejut.

  • Common Signals


Setiap tempat biasanya ada care mereka sendiri untuk bagi signal.

Bagi orang belakang memotong – letak emergency signal, pandu perlahan dan rapat ke kiri. Pandu perlahan maknaya 20-30km/h sebab yang memotong biasanya paling laju pun 60km/h.
Isyarat nak memotong – Jangan main tembak-tembak lampu tinggi. Sila rapat sedikit ke kereta hadapan. Bagi signal ke kanan, hon sekali dan seterusnya potong.

Kalau kereta dari arah bertentangan bagi hon, itu tanda “Hi”.



  • Akhir sekali, silalah gunakan Waze dan baca peta Sabah sebelum datang ke Sabah.

Rakyat Sabah berasa amat serba salah apabila pelancong bertanya belok kiri atau ke kanan semasa menunggu traffic light bertukar warna. Belok kiri atau kanan tidak ada makna jika jarak perjalan ke destinasi masih 200km di hadapan.
Sebab tu jawapan orang Sabah “Kau jalan terus saja. Jangan belok-belok. Nanti kau sampai laitu”. It is legit people!!

NOTE:  Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, ketiadaan *le Len dalam blog adalah disebabkan oleh kesibukkan kerja demi sesuap nasi. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung.

Tuesday, 1 March 2016

Tips Mendaki Gunung Nuang Via Ulu Langat

Hello kawan-kawan!

Pada 27 - 28 Feb 2016, *le Len telah menyertai program mendaki Gunung Nuang selama 2 hari 1 malam.

Sejak meninggalkan zaman remaja, ni la kali pertama *le Len merasa berkhemah dan bermalam
di dalam hutan. Kalau dulu masa sekolah menengah hampir tiap bulan kena paksa berkhemah.
(Tak rasa terpaksa pon).

Tanpa membuang masa yang banyak, *le Len nak kongsi tips mendaki Gunung Nuang Via Ulu Langat.


PENAFIAN: Ini adalah tips mengikut pengalaman sendiri dan menurut tahap kesihatan *le Len. *le Len juga bukan seorang yang expert. Ini adalah tips daripada orang yang tidak berpengalaman.

Tips Mendaki Gunung Nuang Via Ulu Langat


1. Pakaian

Baju Lengan Panjang (Long Sleeve)

Terutama sekali bagai para wanita sekalian yang kulit macam kertas.
Perjalanan ke puncak banyak rotan yang berduri. Senang sangat terinjured.
Satu lagi, suhu di puncak adalah sejuk. Ada baiknya pakai baju lengan panjang.
Tapi kalau korang bajet sampai puncak dah senja, baik pakai parka teros.
Real feel adalah 15 Degree Celcius. Real temperature 18 Darjah.
Pastikan pakaian lightweight dan cepat kering.

Seluar Panjang (Long pants )

Kalau korang semua yang jenis tough kulit macam buaya, silakan pakai shorts.
Tapi kalau jenis yang tidak berapa fit macam *le Len, bila turun nanti senang terlanggar batu bila menggelongsor. Lagi satu, dekat puncak tu sejuk. Sila beringat.
Pastikan pakaian lightweight dan cepat kering.
Padah tak pakai pakaian yang sesuai, dua orang saling berpelukan, sorang lagi pakai baju hujan walaupun tak hujan sebab nak halang angin. *le Len berselimutkan ground sebab tak tahan sejuk.

Kasut (shoes)

Bagi yang ada banyak bajet, boleh la pakai proper kasut hiking.
Tapi kalau miskin macam saya, silakan pakai adidas kampung.

Optional - Slipper/Flip Flop untuk dipakai masa turun dari Lolo ke bawah sebab masa ni kemungkinan besar ibu jari kaki anda dah pecah, bengkak, berdarah, patah atau masih elok macam biasa. *le Len sakit ibu jari kaki lepas turun. Maka dengan itu, memakai selipar memang satu nikmat.


2. Air & Makanan


Air - Sila bawa sekurang-kurangnya 1 botol 1.5 Liter dan 1 botol kecil 100 Plus /Isotonik drinks.
*le Len ada mild anemia dan sangat sensitif kepada low sugar level. Maka dengan itu, *le Len bawa dua packet air ribena sebagai supply untuk naik ke puncak. Minum sekali sekala untuk memastikan tenaga sentiasa ada.

Makanan - 1 Apple, 1 pear saiz , 1 Sneakers, 1 Mars, 1 biji pisang. *le Len makan Pear dan Mars bila dah sampai puncak. Lagi tiga makan satu setiap kem. Ada 3 kem sebelum puncat yer.
Maka dengan itu, janganlah makan dengan gelojoh sangat.

Ada juga yang bawa nasi lemak  dan nasi goreng tapi kalau ada yang sakit perut tengah jalan, jangan salahkan post ini.



3. Gadjet

Pastikan semua peralatan elektronik disimpan dalam zipped plastic bag.
Anda akan melintas beberapa sungai dan juga ada kemungkinan akan hujan. Jadi sila pastikan ada plastik bag.

Glove - Kepada yang jenis tangan lembut, adalah digalakkan memakai sarung tangan untuk mengelakkan tapak tangan terhakis sebab sentiasa bergayut di batu.

Kalau *le Len tau trek dia akan sekejam itu, confirm dah bawa dan pakai sarung tangan.


4. Senaman persediaan.

Untuk pengetahuan korang, *le Len dah aktif bersenam semenjak dua menjak ni. Maka dengan itu, kardio bukanlah satu masalah semasa mendaki. Walaupun begitu, *le Len masih sakit lutut dan tumit masa turun bukit. Oleh itu, *le Len membuat kesimpulan bahawa adalah wajib korang buat latihan kardio tiga kali seminggu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mendaki.

Selain itu, sila buat latihan squats, walking lunges dan one leg squats.
You will thank me if you train these before hiking.
Sesetengah tempat tu curam dia sampai 80 Darjah macam wall climbing dah.
Maka dengan itu, adalah penting untuk ada kekuatan kaki yang baik.
Semua orang muka ready. Time nak ambil gambar la pulak kaki cramp. Bengang


5. Lain - lain

Kalau nak tahu pasal trek tu macam mana, *le Len tidak akan menjawab sebab Len nak tinggalkan part trek sebagai kejutan kepada korang. Sila enjoy kejutan itu ye.

Yang penting, pakaian, makanan, senaman dan kekuatan mental cukup, korang pasti mampu.

Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan-segan bertanya.



Thursday, 25 February 2016

Misi Mencari Adidas Kampung

Wahai kawan-kawan sekalian, korang tau tak susah gila nak jumpa adidas kampung bila dah duduk tengah-tengah bandar ni.

Kalau dulu masa kecil-kecil duduk kampung, bukan main *le Len pandang jelek kat adidas kampung sebab kasut tu dahla nampak tak cool langsung, selalu "misfigured' pun ada.
Biasala, budak-budak hingusan bajet nak cool baru nak up.

*le Len dah cari kat Mr. DIY, Ace Hardware dan macam-macam kedai tapi tak jumpa.
Kalau ada pun semua saiz 39 ke atas. Mana nak muat!?

Dah namanya wanita kaki mesti kiut comel kecil dan saiz menyusahkan.

Akhirnya setelah hampir berputus asa, *le Len akhirnya dapat jumpa adidas kampung!

Kat mana?

Kedai Serbaneka Dan Kasut Chiong Keng Trading
3, Jalan Sawi, Taman Goodwood, Off Jalan Kuchai Lama,
Kuala Lumpur, Malaysia.
https://www.facebook.com/kasutadidaskampung

*le Len pi kat sana sebab empunya fb dia cepat jer reply bagitau ada saiz kecil (36).

 Kedai Serbaneka Dan Kasut - Cheong Keng Trading


Tapi kalau korang rasa jauh sangat kat KL dengan segala jam dia tu, ada jugak kat 

1) PJ Old Town: 1st floor, Jalan terus 4/42, above Pasar Besar Othman. Opens in the morning everyday. There is only one shoe shop around. Brands: Osaki, Bowling, Goco.

2) Kepong: 31, Jalan Burung Tiong, Tmn Bukit Maluri. 03-62763468. Opening hours: Mon - Fri 10am to 7pm; Weekend 10am to 8pm. (Best you call the shop in advance before closing time.) Brands: Osaki, Goco

3) Serendah: shoe shop behind Police Station. 
Sumber; SunriseSeeker

Biasanya adidas kampung juga boleh didapati di kedai runcit serbaneka. Tapi cabarannya, kat PJ/Damansara/Bangsar, kedai-kedai kecil macam tu dah "dimakan" oleh speedmart 99, KK mart dan sebagainya.

Dah, penat drive beli kasut tadi. Harap post ni dapat membantu.

Sekian.
Apa barang Nike? Adidas Kampung Rocks!! Pilih putih baru gugerl sket.